“Siap kau. Aku kerjakan kau cukup-cukup sekejap lagi.
Sesuka hati kau saja panggil aku apek kan? Apa?! Nampak tua sangat ke aku ni
sampai kau gelar aku apek? Belum ada perempuan maki hamun aku lagi tau.
Pagi-pagi lagi pulak tu!” bebel Ameal
seraya melangkah menghampiri Dhia Melati.
Dhia bertambah tidak keruan apabila melihat Ameal semakin
hampir padanya. Peluh merembes di dahi, juga sudah lencun di badan. Jantungnya berdegup
macam tak cukup darah hendak dipam.
“Mari ikut saya,” arah Ameal tegas ketika dia melalui
hadapan Dhia. Wajah gadis itu tidak dikerling langsung. Dia segera menolak
pintu kaca dan lolos dari situ tanpa menunggu Dhia Melati.
Gadis itu tergamam untuk sedetik. Tidak tahu hendak
berbuat apa. Selang beberapa saat baru Dhia terkedek-kedek berlari membuntuti
lelaki itu. Muka bos nombor dua, seriusnya yang amat. Kecut perut Dhia
melihatnya. Sah-sah dia nak kena ‘balun’ sekejap lagi. “Tulah kau Dhia! Yang
berani mati sangat marah-marah big boss
apasal? Sekejap lagi tahulah untung nasib kau.”
“Cepat sikit jalan tu boleh tak? Macam orang tak makan!
Kalau begini caranya, jalan pun lembab, terhegeh-hegeh, macam mana kamu nak
bekerja dengan penuh efisien?” suara Ameal keras ketika dia menoleh dan melihat
Dhia jauh ketinggalan di belakang.
“Ya, Ya... Encik Ameal.” Dhia melajukan hayunan langkahnya.
“Selamat pagi Encik Ameal,” sapa seorang penyambut tetamu.
Gadis itu melemparkan senyuman buat Dhia. Dhia membalasnya dengan senyum sumbing.
Dia tengah kecut perut, tak ada masa nak bermesra-mesra. Kalau panjang jodohnya
bekerja di sini, insya-Allah, dia akan berkenalan dengan gadis itu. Sekarang
yang lebih utama, lelaki jelmaan singa yang nak membaham dia sekejap lagi ni.
“Selamat pagi, Liza. Awak dah minum?”
“Mak oi! Lembutnya suara. Memang dasar lelaki mata ‘perempuan’tan! Dengan aku bukan main
keras kau kan?” tukas Dhia Melati perlahan.
“Sudah Encik Ameal. Terima kasih,” balas Liza penuh
sopan. Ameal hadiahkan senyuman buat Lisa. Selepas itu dia terus berlalu ke
arah tangga.
“Eh! Encik Ameal, lif dekat sinilah!” tegur Dhia apabila
melihat Ameal tidak berhenti di hadapan lif.
Ameal berpaling. Dhia direnung tajam.
Glup! Mak oi!
Tajam menikam renungan dia. Silap haribulan boleh membunuh hati, getus Dhia
bersama liur yang ditelan.
“Ada saya suruh naik lif ke?”
“Emm... Aaa... Tttak ada, Encik Ameal.” Dhia
serba salah. Terasa malu apabila Liza memerhati kepada dia dan Ameal sedari
tadi.
“Habis tu?” Ameal renung dari atas hingga ke bawah gadis
yang terpaku di hadapannya ini. Hendak tergelak melihat muka kecut gadis itu.
Ini baru sikit dia gertak. Tadi, bukan main lagi ‘membelasah’ dia. “Ikut tangga
saja. Jangan jadi pemalas!”
Dah suara Ameal keras begitu, terpaksalah Dhia angguk
kepala. Anak matanya melihat tangga yang berpusing-pusing di hadapannya ini. Dia
sudahlah pening kepala fikir apa tindakan yang perlu dia hadapi, kena pula naik
tangga yang berpusing-pusing ni. Alamatnya, berputar-putarlah kepala otak dia.
Ameal membawa Dhia mendaki anak tangga dari tingkat bawah
hingga ke tingkat tiga. Rasa hendak tertanggal kepala lutut Dhia sebaik sahaja
kakinya habis melangkah mata tangga yang terakhir, tetapi dia lihat Ameal
selamba saja.
“Agaknya bos dah biasa kut,” gumam gadis itu. Dhia Melati
tercungap-cungap. Ini baru tiga tingkat, kalau ada lagi setingkat, dijamin dia
pengsan terus.
“Ush! Ush! Ush!
Mintak nyawa. Mintak oksigen.” Dhia pegang perutnya. Sebelah tangan lagi
menopang ke dinding. Termengah-mengah dia di kepala tangga.
“Kamu kenapa?! Baru tiga tingkat naik tangga, muka macam
orang nak mati!” Ameal bercekak pinggang melihat Dhia. “Baru naik tangga, belum
buat kerja lain lagi.”
Cepat-cepat Dhia menegakkan badannya semula. Merah juga
telinga mendengar kata-kata pedas lelaki itu. Nasib baik pakai tudung. Kalau
tidak, tentu Ameal boleh lihat telinganya yang sudah tebal tika ini. Macam mana
muka tak serupa orang nak mati. Penat berlari tadi pun tak hilang lagi. Kena pulak mendaki tangga yang entah berapa
mata tu, rungut Dhia dalam hati.
No comments:
Post a Comment