“Dah dua hari Chad telefon aku, cari kau.”
Memang sudah agak lama Chad tidak menghubunginya. Sejak
sibuk dengan Ayin ni, soal Chad pun terlupa. “Chad cakap apa?”
“Tak ada apa. Cuma dia cari kau. Aku katalah kau balik
kampung jenguk mak angkat kau. Pukul tiga setengah tadi dia telefon lagi. Dia
ingatkan kau dah balik dari kampung,” beritahu Azhan. Tangan capai plastik di
atas lantai.
Apa yang Chad mahukan agaknya? tukas Yaya. “Kau ada
cerita pasal aku dengan Ayin dekat dia ke?”
Cepat Azhan gelengkan kepala. “Aku nak kau sendiri cerita
dekat dia.”
Yaya mengeluh perlahan. “Nanti aku cari masa yang sesuai bagitau dia. Kau jangan risau Azhan. Aku
akan cari jalan untuk kau dan Chad.” Yaya paut perlahan bahu Azhan.
“Kau tak perlu risau pasal aku, Riya. Aku dah biasa macam
ni. Memang aku sukakan Chad, tapi aku tak mahu menaruh harapan tinggi pada dia.
Kalau ada jodoh, aku terima. Kalau tak ada pun, aku terima juga. Yang penting,
kau tu. Selesaikan hal kau dan dia,” tutur Azhan seraya mengambil tangan Yaya
di bahunya lalu digenggam erat.
“Nak berterus terang pada Chad dan keluarganya pun satu
masalah pada aku. Macam mana nak mulakan pun aku tak tahu. Aku tak mahu
sakitkan hati mereka,” bungkam Yaya perlahan. Bungkusan plastik di atas lantai
dijinjit bersama dengan bungkusan yang diambil dari tangan Ayin tadi. Dia
melangkah perlahan menuju ke ruang dapur lalu meletakkan semua bungkusan itu di
atas meja makan.
Azhan membuntuti di belakang. “Nanti kita fikirkan. Chad
pun lambat lagi nak balik kan?”
Tiba-tiba loceng berbunyi.
“Aku bukak kan
pintu,” beritahu Yaya. Dia menapak menghampiri pintu utama semula. Tombol pintu
ditarik. Siapa pula yang datang petang-petang ni? Ayin berpatah balik ke? Ada
barang yang tertinggal agaknya, bisik Yaya.
“Assalamualaikum...”
Bebola mata terus membulat. Mulut ternganga. Badan
mengeras. Terkejut! Ini orang ke hantu? Baru saja namanya disebut sudah
tertonggok di depan pintu. Orang ni memang betul-betul panjang umur, atau dia
yang bakal pendek nyawa sekejap lagi?
No comments:
Post a Comment