Total Pageviews

Thursday, May 28, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 8




“Melati!” jerit Ameal kuat.
“Oi mak kau rimau!” Terangkat punggung Dhia dari sofa lantas dia berdiri tegak. Pantas kepala kalih ke arah suara itu. Ini bukan harimau, ini singa! Bukan ke dua-dua spesies ni sama? Nak membaham saja. Ini yang nak taufan satu badan ni. Main jerit-jerit pulak! Dia ingat aku ni pekak ke apa? ceceh Dhia dalam diam.
“Encik Ameal tak boleh panggil saya elok-elok sikit ke? Saya ni boleh kena sakit jantung tau, dipekik-pekik macam ni!” spontan Dhia bersuara. Terperanjat punya pasal, terlupa siapa yang sedang berdiri di hadapan dia ketika ini. Encik Ameal, bos dia a.k.a anak pengarah syarikat.
Liza di mejanya memandang penuh cuak. Terkejut melihat Dhia berani menempelak Ameal begitu. Gila ke apa Dhia ni? Selamba badak saja bantai Encik Ameal, getus Liza. Mulutnya terlopong bersama mata yang sudah bular.
“Awak tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?” jerkah Ameal. Muka putihnya bertukar merah yang tak padam-padam.
“Pukul lapan setengah. Kenapa? Encik Ameal tak ada jam ke nak tengok?” Caya la kau Dhia. Sarkastik betul. Berani sungguh kau. Steady, Dhia... steady. Walaupun dia bos, kau kena berani. Ingat apa? Mentang-mentang dia bos, boleh sesuka hati saja nak marah-marah orang. Tengking-tengking orang. Kau pun ada air muka juga.
Ameal terkedu sekejap mendengar jawapan Dhia. Berani perempuan ni melawan cakap aku. Memang nak kena dia ni! gerutu Ameal.
“Awak tahu tak awak mula kerja pukul berapa?” Ameal menjeling sekilas kepada Liza. Rasa jatuh air muka, Dhia melayannya begitu di hadapan Liza.
“Pukul lapan.” Dhia membalas sambil lewa.
“Tahu pun pukul lapan awak mula kerja. Yang duduk melepak dekat sini lagi buat apa? Awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak dekat atas?!”
“Encik Ameal, bukan salah Dhia. Saya yang bagitau dia, Encik Ameal masuk kerja pukul sembilan. Tak tahu pulak Encik Ameal datang awal hari ni. Jadi saya bawak dia naik tingkat dua, jumpa members department lain,” suara Liza tiba-tiba. Kasihan pula melihat Dhia dibahasakan begitu oleh Ameal. Bukan salah Dhia sebenarnya. Dia rasa tidak patut pula Dhia dimarahi.
Ameal berpaling memandang Liza. “Awak jangan masuk campur Liza. Sebab saya tak mahu dia makan gaji butalah, saya terpaksa datang kerja awal hari ni. Sekarang, awak pergi production ambil laptop dari Zakuan, bawak ke ofis saya. Sekarang!”
“Bbbaik Encik Ameal.” Kelam kabut Liza melangkah pergi dari situ. Silap mulut dia menjawab. Dengan dia, dia sekali Ameal hamun.
“Kenapa Encik Ameal marah Liza pulak? Jangan sebab marahkan nyamuk, kelambu pun sama dibakar,” tegur Dhia dengan suara sinis. Kasihan dia melihat Liza. Pucat lesi muka gadis itu dimarahi oleh Ameal. Mesti Liza tak biasa dimarahi oleh bos.
“Kalau saya tahu Encik Ameal datang awal, saya tunggu saja dekat sini. Lain kali beritahulah siang-siang. Nanti tak adalah nak salahkan orang lain. Saya tahulah apa hukumnya makan gaji buta ni,” perli Dhia Melati lagi.
Ameal mencerlung tepat. Pelik. Lain benar gadis itu hari ini. Tidak seperti semalam, tergagap-gagap hendak menjawab. Hari ini lancang sungguh mulutnya. Ameal mula geram. Dia melangkah menghampiri Dhia. Tangan gadis itu direntap kasar dan digenggam kemas.

No comments:

Post a Comment