Total Pageviews

Monday, May 4, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 14




Sekejap... sekejap... Mama, papa...? Dah banyak kali aku dengar dia panggil mama dan papa. Bukan Mak Long, Pak Long. Sejak bila pula panggilan tu bertukar? Ayin tertanya-tanya. “Boleh Yin tanya sesuatu?”
“Tanya apa?” Yaya renung kejap wajah Ayin. Kerja mengutip pucuk manis dihentikan.
“Bukan sepatutnya Sinar panggil mama dan papa Yin, Mak Long dan Pak Long ke? Sejak bila pula bertukar?” Janganlah pula nanti Yaya beritahu, dia dah jadi anak angkat papa dan mamanya. Punah-ranah harapannya nanti. Takkanlah nak kahwin dengan adik angkat sendiri? Walaupun hukum tidak melarang, tetapi terasa janggal. Kalau mama dan papanya dah sayangkan Yaya seperti anak sendiri, tentu papa dan mama melarang mengahwini Yaya. Aduh! Hati bakal kecewa lagikah?
Senyuman Yaya bersimpul di bibir. Senyuman itu makin menambahkan lagi rasa gundah di hati Ayin. Hati tidak dapat menahan rasa sabar menunggu jawapan.
“Yin tanya, kenapa Sinar senyum pula?”
Tak perlu nak jawab, tunjuk saja. Tentu Ayin faham, putus Yaya. Sambil memeluk pucuk manis, teragak-agak Yaya hulurkan jari manisnya. Ayin tunduk melihat. Mata melekat pada sebentuk cicin emas putih bertahta berlian sebesar biji kacang hijau menghiasi jari manis itu.
“Ccccincin apa ni?”
Erk! Dia tak faham ke? Apa slow sangatlah tunang aku ni...? “Kita dah bertunang.” Bisik Yaya perlahan. Muka disorokkan dicelah daun pucuk manis dalam pelukan. Malu...
“Ttttunang?!”
Yaya panggung kepala bila suara Ayin kedengaran lemah. Macam orang tak suka saja, desis Yaya. Dan tangan Yaya cepat memaut lengan Ayin bila lelaki itu seperti mahu terjelepok. La... Lemah semangat juga rupanya...

2 comments: