Total Pageviews

Wednesday, September 17, 2014

Kau Yang Pertama Dan Terakhir - 9

Bab 9


“Datuk, The Third Impiana Resort akan fully complete within March or April.”
Datuk Sheikh Mustapha mengangguk-anggukkan kepala yang sudah dipenuhi uban, dengan mata merenung tepat ke wajah jejaka berdarah campuran Melayu dan Cina di hadapannya ini.
“Don’t worry Datuk. I’ll make sure every thing will be ready for this coming school holidays in June,” terang Adam Brian lagi.
“Okeylah, kalau macam tu. I want you monitor this project closely. You must ensure all the material their use is original. Saya tak mahu ada simen campuran lagi. Mujur tidak ada nyawa yang terkorban, semasa bangunan pentadbiran Third Impiana tu runtuh ketika dalam pembinaan. Kalau tidak, siapa nak menjawab dekat makamah nanti?” Luah Datuk Sheikh Mustapha.
“Yes Datuk. I won’t let that thing happen again. I dah instruct our contractor to rebuild semula bangunan pentadbiran Third Impiana tu. And I also sudah jalankan siasatan tentang kes ini. I promise you Datuk, we’ll know soon who’s that person yang terlibat dan menjadi dalang dalam hal ini.”
“Baiklah. Let me know as soon as possible, once you tahu siapa orangnya. Saya sendiri yang akan mengambil tindakan terhadap pembelot itu nanti. Buat malu syarikat saja,” getus Datuk Sheikh Mustapha geram.
Adam Brian mengangguk tanda dia memahami arahan itu.
“Saya keluar dulu Datuk. Masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu saya selesaikan.” Kata Adam Brian sambil tangan menutup fail-fail yang terbuka di atas meja.
Dia kemudiannya bangun meninggalkan kerusi empuk itu dan membimbit kemas fail-fail tersebut.
“Baiklah. Tapi jangan lupa beritahu saya. If anything comes up, do inform me direct! Si Sufi tu bukannya boleh diharap sangat. Dia pun still dalam sesi pembelajaran lagi. Masih hijau.”
Adam Brian mengangguk sekali lagi.
“Okey Datuk. Saya minta diri dulu.” Pamit Adam Brian.
Kali ini Datuk Sheikh Mustapha pula membalas dengan anggukkan.
Baru saja Adam Brian memusingkan badan untuk melangkah, Datuk Sheikh Mustapha memanggilnya semula. Adam Brian berpaling melihat pada bos besar itu.
“Ya Datuk, ada apa-apa lagi ke?” Adam Brian mengerutkan dahi.
Bimbang sekiranya masih ada lagi butiran-butiran penting tentang pembinaan The Third Impiana Resort yang lupa dia sampaikan.
“Mulai besok sehingga Selasa minggu depan, saya akan ke Teluk Biru di Port Dickson.”
“Holiday dengan Datin ke Datuk?”
“Tidaklah... Saya ke sana untuk melihat tanah ummi saya. Saya bercadang hendak mendirikan The Forth Impiana Resort di sana. Sayang rasanya tanah tu dibiarkan begitu saja sejak sekian lama. Sambil-sambil tu boleh juga saya bercuti merehatkan otak saya ni sikit.” Jelas Datuk Sheikh Mustapha.
“That is a great idea Datuk! Port Dickson sekarang merupakan salah satu pantai peranginan yang terkenal. Cadangan Datuk untuk mendirikan The Forth Impiana di sana memang kena pada masanya.” Balas Adam Brian teruja.
Datuk Sheikh Mustapha tersenyum melihat Adam Brian. Memang anak muda ini sentiasa berkobar-kobar semangatnya.
“Biar saya lihat dulu keadaan di sana macam mana. Kalau saya rasa tanah ummi saya tu dan kedudukkannya bersesuaian dengan project The Forth Impiana ni, saya akan highlightkan in next meeting. Kita akan discuss sama-sama nanti. Okeylah! Kamu pergilah buat kerja kamu tu.”
Adam Brian menayangkan ibu jari kanan menunjukkan isyarat bagus kepada Datuk Sheikh Mustapha. Dia kemudian melangkah menghampiri pintu pejabat lalu meloloskan diri dari situ.
Sebaik sahaja tubuh jejaka kacak itu hilang, Datuk Sheikh Mustapha terus merebahkan badan ke penyandar kerusi. Dia melepaskan keluhan berat. Dua tiga hari ni, sakit kepalanya semakin menjadi-jadi pula.
Selepas ditelan ubat penahan sakit, sejam-dua saja boleh bertahan. Kemudian kepala kembali berdenyut-denyut. Silap dirinya juga, kerana selama ini dia kurang menitik beratkan soal kesihatan.
Kesibukan terhadap perniagaan dan juga keluarga, telah membataskan masa untuk diperuntukkan pada diri sendiri. Tugas-tugas di syarikat dan hal-hal keluarga semua terletak di bahu Datuk Sheikh Mustapha, semenjak abangnya Sheikh Mustaza tidak lagi seperti manusia normal.
Entah di mana silapnya, sejak kebelakangan ini ada saja masalah yang timbul. Baik di tapak pembinaan, mahu pun di dua buah resortnya yang sudah lama beroperasi itu.
Kalau di tapak pembinaan, penggunaan bahan mentah yang menjadi masalah. Di dua buah resort yang terletak di Bagan Lalang dan Pulau Redang, lain pula ceritanya. Sekarang semakin banyak aduan ketidakpuasan pelanggan yang diterima. Tentang kesegaran makananlah, mutu perkhidmatan pelangganlah, servis kurang memuaskanlah dan bermacam-macam masalah lagilah!
Naik buntu otak Datuk Sheikh Mustapha berfikir. Minda tuanya tidak seperti dahulu. Pantang dia berfikir kuat sedikit, mulalah otak memprotes.
Dulu Datuk Sheikh Mustapah ingatkan beban kerja akan berkurangan, andai anak lelaki tunggal dia bekerja di syarikat itu. Sehingga Datuk Sheikh Mustapha sanggup memaksa Sheikh Azri Sufian segera pulang ke Malaysia sejurus saja dia menamatkan  pengajian di London. Dan mengarahkan Sheikh Azri Sufian bekerja di Megah Holding ini sebaik sahaja pulang. Tidak sempat anak bujang tu hendak enjoy.
Walaupun Sheikh Azri Sufian sudah ada untuk menolong, tetapi nampaknya kehadiran dia langsung tidak banyak membantu.
Kesibukkan yang sentiasa menerjah tidak menunjukkan sebarang perubahan. Malahan semakin teruk pula dengan pelbagai beban masalah yang datang bertimpa-timpa.
Entahlah! Dia sendiri tidak tahu apa puncanya.
Untunglah ada Adam Brian yang boleh dia bergantung harap. Jejaka itu sudah lama bekerja di Megah Holding ini. Hampir enam tahun. Selama itulah Adam Brian banyak membantu menyelesaikan segala kepincangan yang timbul.
Ke hulu-ke hilir lelaki itu mengembara. Sekejap ke Bagan Lalang, sekejap ke Pulau Redang dan sekejap lagi ke Kuantan.
Bukan dia tidak kasihan dengan lelaki muda itu terpaksa berkerja keras begitu. Tapi apa yang boleh dia lakukan? Kalau dia tidak mengarahkan Adam Brian menyelesaikan masalah itu semua, siapa yang akan melakukannya? Sheikh Azri Sufian?!
Huh! Belajar saja tinggi, tapi tak boleh diharap!
Datuk Sheikh Mustapha sendiri sudah tidak berdaya untuk aktif seperti dulu. Apatah lagi menyandarkan harapan pada Sheikh Azri Sufian. Anaknya itu ibarat bayi yang baru hendak belajar berjalan. Perlu sentiasa dipimpin tangan supaya tidak rebah. Pengalaman pun kurang. Entahkan mampu entahkan tidak mentadbir syarikat ini?
Datuk Mustapha melari-larikan jari-jarinya ke kepala. Dia memicit-micit kepala yang semakin kuat berdenyut.
Seketika dia menegakkan semula struktur badannya. Pantas tangan menekan butang interkom.
“Khaty, bawakan saya sebotol mineral water,” arah Datuk Sheikh Mustapha kepada setiausahanya yang berada di luar pejabat.
“Baik Datuk.” Balas suara Khaty dari interkom.
Seminit kemudian, wanita muda berumur lewat tiga puluhan itu mengetuk pintu pejabat Datuk Sheikh Mustapha.
Setelah menerima arahan dari Datuk Sheikh Mustapha segera dia melangkah masuk.
“Kenapa Datuk? Sakit kepala lagi ke?” Soal Khaty. Tangan kanan menghulur botol air mineral kepada majikannya.
Khaty memang seorang pembantu yang bagus. Setiap perkara tentang Datuk Sheikh Mustapha semua berada di dalam poket dia. Apa yang Datuk Sheikh Mustapha suka, tidak suka, makan, minum, hobi, sakit pening, semua dia tahulah! Sudah seperti isteri nombor dua pula lagaknya.
Cuma bezanya Khaty seorang pembantu yang profesional. Dia tahu membataskan pergaulan dia dengan bos besar syarikat ini. Lagipun dia amat menghormati Datin Sharifah Zahara, isteri Datuk Sheikh Mustapha. Dia tidak mahu menyalah guna kepercayaan isteri Datuk Sheikh Mustapha pada dia.
“Biasalah Khaty... Saya ni dah tua. Bukannya muda lagi,” jawab Datuk Sheikh Mustapha lesu sambil menyambut huluran botol mineral itu.
“Datuk tak ada buat medical check-up ke? Manalah tahu kot-kot ada penyakit lain.”
“Ish! Awak ni Khaty. Mendoakan yang tak baik pula untuk saya,” tungkas Datuk Sheikh Mustapha.
Dia mengeluarkan satu botol kecil berisi aspirin dari poket blazernya.
“Bukan mendoakan Datuk... Saya cuma mengingatkan saja. Sudah selalu sangat Datuk sakit kepala macam ni. Manalah tahu lain pula penyakitnya.” Balas Khaty sambil memerhati Datuk Sheikh Mustapha memasukkan dua biji aspirin yang berada di tapak tangan ke dalam mulut.
“Nanti awak tolong panggilkan Sufi. Saya nak jumpa dia sekejap lagi.” Datuk Sheikh Mustapha berkata selepas menelan dua teguk air untuk menolak masuk dua biji aspirin tadi ke dalam kerongkong.
“Baik Datuk.”
Khaty terus melangkah keluar.
Setelah agak lama Datuk Sheikh Mustapha menunggu, baru Sheikh Azri Sufian menjengahkan muka. Itu pun dia tidak masuk, sekadar berdiri di muka pintu sahaja.
“Kenapa papa panggil Sufi? Sufi dah nak balik ni!”
“Belum habis waktu kerja lagi kamu dah nak balik?!” Jerkah Datuk Sheikh Mustapha. Matanya sempat mengerling pada jam yang tergantung di dinding.
4:15pm
Masih ada empat puluh lima minit lagi sebelum waktu kerja tamat. Datuk Sheikh Mustapha menggeleng-gelengkan kepala seraya mengeluh perlahan. Sungguh dia merasa sesal dengan sikap Sheikh Azri Sufian itu.
“Sufi ada hal dengan Khaira,” jawab Sheikh Azri Sufian selamba.
“Berapa kali papa dah bagitahu, papa tak suka Sufi berkawan rapat dengan dia!” Nada suara Datuk Sheikh Mustapha sedikit tinggi.
Anak muda itu mengeluh kecil.
‘Kenapa papa ni! Angin tak ada, ribut tak ada, nak taufan satu badan apahal?’ Bisik Sheikh Azri Sufian halus.
Dia menapak masuk. Pintu kayu berukir cantik itu ditutup rapat. Bimbang pula dia kalau bebelan Datuk Sheikh Mustapha didengari oleh Khaty. Minah tu sudah mula memanjangkan leher memandang dia.
Kalau si ‘bertih jagung’ tu dengar buah butir bebelan papa nanti, jawapnya akan hevoclah satu pejabat ini.
Bukan dia tidak tahu perangai kaki kepoh Khaty tu. Sibuk saja hendak ambil tahu hal orang lain. Fasal tulah jadi anak dara tua. Umur dah lewat tiga puluhan tapi masih tak kahwin-kahwin.
Agaknya tak ada lelaki yang berani nak usha dia, sebab mulut dia tu tak reti nak diam. Bercakap saja dua puluh empat jam.
“Sufi hairanlah, kenapa papa tak suka sangat dengan dia! Bagi Sufi, Khaira tu okey apa. Tak ada cacat cela. Rich and famous. Menantu macam mana lagi yang papa mahu?” Bantah Sheikh Azri Sufian seraya melangkah menghampiri papanya.
“Memang dia kaya dan terkenal. Sebut saja Khaira Jackson satu Malaysia ni kenal dia. But she’s not suitable for you!” Sangkal Datuk Sheikh Mustapha pula.
Mata merenung tajam pada anak teruna itu. Hairan sungguh dia pada Sheikh Azri Sufian. Apakah Sheikh Azri Sufian sudah buta mata hati dikaburi oleh cinta membuta-tuli terhadap Khaira? Sehingga dia tidak nampak semua kekurangan yang ada pada Khaira.
Buat apa kaya harta kalau miskin adap dan sopan. Memang benar Khaira seorang yang terkenal. Tetapi bukannya terkenal kerana benda yang baik-baik, tapi terkenal dengan sikap dia yang kurang berhemah, kaki clubbing dan pemabuk.
Pakaiannya saja tengoklah! Menjolok mata. Macam kain dekat Malaysia ni mahal sangat gamaknya. Sengkatnya kalau menonggeng pun, agaknya boleh nampat tuttt...
Sendat mengalahkan pembalut buah nangka yang dah tua.
Tahulah dia seorang model yang terkenal, tapi tak boleh ke berpakaian sopan sikit?
“Sufi yang akan hidup dengan dia papa. Is not you to judge, whether she’s good for me or not.”
“Itu papa tahu Sufi!” Bentak Datuk Sheikh Mustapha. Oktaf suaranya masih lagi tinggi.
Tangan Datuk Sheikh Mustapha kembali memicit-micit kepala. Sakit kepalanya mencucuk semula. Aspirin yang ditelan tadi seperti tidak berkesan langsung. Ini semua gara-gara berdepan dengan perangai Sheikh Azri Sufian yang makin hari semakin tidak mendengar kata.
“Tapi I’m old enough. Papa yang dulu makan garam dari Sufi. And I know, I’m very confidence your life will never success if you still haging around with her.” Luah  Datuk Sheikh Mustapha perlahan.
Matanya dipenjam kerana menahan sakit.
“But why papa? Why?! Please give me a strong reason. Why you talk and think about her like that?” Mata Sheikh Azri Sufian mencerlung. Panas betul hatinya bila Datuk Sheikh Mustapha mengata kekasihnya begitu.
“She’s give you a bad influence!” Jawab Datuk Sheikh Mustapha singkat.
Anak muda itu terdiam. Tidak sepatah pun ayat terluah dari mulut yang cukup lantang sebentar tadi.
Nampaknya penyataan Datuk Sheikh Mustapha amat tepat, sampaikan Sheikh Azri Sufian tidak lagi berani bersuara.
Datuk Sheikh Mustapha membuka mata dan merenung dalam wajah anak terunanya nan seorang ini.
“Sufi selalu saja hilang fokus. Buat kerja sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh. Tidak proaktif. Kurang bertanggungjawap. Disiplin Sufi lagi teruk. Masuk kerja lambat, balik kerja awal. Semua benda yang Sufi buat tidak mendatangkan hasil. No improvement! Lihat saja dengan projek The Third Impiana Resort yang Sufi handle tu. Macam-macam masalah yang timbul. Ada saja yang tak kena. Sejak papa serahkan separuh dari tanggung jawap papa pada Sufi, papa lihat tidak ada sedikit pun perubahan yang memeransangkan. The First Impiana and The Second Impiana juga ada...”
“Okey... okey..., I get it papa.” Sheikh Azri Sufian memintas kata-kata Datuk Sheikh Mustapha.
Kalau dibiarkan, mahunya habis satu buku setiap kesilapan dia Datuk Sheikh Mustapha baca.
“I admit it! Sufi banyak buat silap. Tapi I’m still learning. Bukankah melakukan kesilapan itu adalah salah satu dari sesi pembelajaran.” Sheikh Azri Sufian membela diri.
“Yes, it’s true. But bukannya sentiasa buat salah. Sufi ingat business kita ni macam buat kek ke? Boleh try and error?” Sangkal Datuk Sheikh Mustapha lagi.
Suasana dalam pejabat Datuk Sheikh Mustapha semakin tegang dengan suara tingkah meningkah dua beranak ini. Sheikh Azri Sufian tidak berpuas hati apabila ditegur oleh papanya begitu. Dia mula merengus.
Pada Sheikh Azri Sufian, Datuk Sheikh Mustapha yang harus dipersalahkan. Bukan dirinya.
“Habis tu papa nak Sufi buat apa?! Papa juga dulu yang beria-ia suruh Sufi balik Malaysia dan bekerja dengan papa. Bukan Sufi yang volunteer nak bekerja dekat sini. Dulu lagi Sufi dah beritahu papa, I’m not interested in your tourism business.” Jawab Sheikh Azri Sufian, cuba meletakkan kesilapannya pada bahu Datuk Sheikh Mustapha pula.
Datuk Sheikh Mustapha hanya mampu menggeleng-geleng kepala mendengar tutur bicara anak lelakinya itu.
Suasana senyap seketika. Mereka berdua diam. Barangkali cuba menenangkan hati masing-masing.
“Papa tahu apa yang perlu Sufi buat. Papa juga tahu apa yang perlu papa buat pada Sufi,” suara Datuk Sheikh Mustapha mendatar.
“Papa tahu macam mana nak ubah sikap dan perangai Sufi ni,” sambung Datuk Sheikh Mustapha lagi.
Sheikh Azri Sufian merenung papanya dengan seribu tanda tanya.
‘Apa yang papa nak buat ni?’ Desisnya.
“Papa akan carikan satu tanggungjawap yang amat berat untuk Sufi galas. Papa mahu Sufi belajar apa itu tanggungjawap. Bagaimana hendak memikul tanggungjawap. Tanggupjawap yang bukan saja perlu Sufi tunaikan di atas dunia ini, tapi tanggungjawap yang akan dipersoalkan pada Sufi di akhirat nanti,” ugut Datuk Sheikh Mustapha.
Matanya sudah merah menyaga merenung pada Sheikh Azri Sufian. Merah kerana menahan sakit di kepala dan juga marah pada Sheikh Azri Sufian.
“What are you trying to do papa?!” Gerun pula Sheikh Azri Sufian mendengar setiap patah kata Datuk Sheikh Mustapha itu.
“We will see latter.” Datuk Sheikh Mustapha tersenyum sinis.
Nampaknya Sheikh Azri Sufian sudah mula tidak senang duduk.
“Jangan papa suruh Sufi jaga pak long pula. Sufi tak sanggup. Lagipun nenda, mama dan nurse Ritakan sudah ada take care of pak long.” Sheikh Azri Sufian cuba meneka.
Di minda Sheikh Azri Sufian pantas tergambar wajah bapa saudaranya yang lumpuh separuh badan dan hilang ingatan semenjak hampir dua puluh tahun yang lepas.
“Nope! It’s not that. Yang ini is something differance. Something that your mine can’t ever emergine,” ujar Datuk Sheikh Mustapha cuba bermain tarik tali.
Wajah Sheikh Azri Sufian jelas terpamir riak kurang puas hati. Perasaannya mula mendidih. Tidak kuasa lagi hendak menarik tali yang dihulurkan oleh Datuk Sheikh Mustapha. Lalu dia memutuskan untuk keluar saja dari kamar itu. Dia takut, lagi lama dia berdiri di situ akhirnya nanti dia akan menjadi anak kurang ajar pula pada lelaki yang bergelar bapa padanya itu.
“Papa buatlah apa yang papa nak buat. Suka hati papalah. Sufi ikut saja.” Sheik Azri Sufian berpaling lalu berjalan mendekati pintu.
Dia tidak mahu ambil pusing apa yang bakal Datuk Sheikh Mustapha lakukan nanti. Biarlah dia disuruh melakukan apa saja, dia akan patuh. Asalkan Datuk Sheikh Mustapha tidak menyentuh tentang hubungan dia dan kekasih hatinya, Khaira Jackson. Demi cintanya pada Khaira, dia akan lakukan apa saja agar cinta hatinya itu bahagia.
‘Ah! Janganlah nak pening-penihkan kepala fikir fasal papa. Lebih baik aku pergi jumpa Khaira, lagi banyak faedah. Hilang juga rindu aku pada dia.’ Cetus hati Sheikh Azri Sufian.
“Okey Sufi! I’ll keep your words. Jangan bila sampai masanya nanti Sufi tidak mahu pula. Ingat! Sufi banyak berhutang dengan papa.” Suara Datuk Sheikh Mustapha kuat memandangkan kedudukkan Sheikh Azri Sufian sudah jauh dari mejanya.
“What everlah papa! What I’m saying, I meant it. It’s up to you to decide.”
Sheikh Azri Sufian menarik daun pintu.
“Bila Sufi nak balik rumah tengok mama, nenda dan pak long? Papa nak outstation dua tiga hari ni. Tolong papa tengok-tengokkan mereka!”
“Tengoklah nanti macam mana.” Sheikh Azri Sufian berlalu tanpa berpaling. Pantas dia bergerak ke pejabatnya yang terletak di hujung koridor.

Kau Yang Pertama Dan Terakhir - 8

Bab 8


Semilir laut Selat Melaka yang bergerak lembut, menyapa ke wajah bersihnya. Juraian anak rambut bermain-main di dahi apabila disentuh tiupan bayu. Perlahan dia seka ke tepi, lalu diselit ke celah telinga.
Dari atas pangkin beratap nipah ini, di tepi Teluk Biru yang terbentang luas di hadapannya, dia merenung ke laut lepas.
Mega merah yang menata warna kaki langit, dihiasi pula perahu-perahu kecil beroleng-olengan di muka laut, sedikit pun tidak menarik perhatiannya.
Suasana damai itu langsung tidak mampu menenangkan hatinya tatkala ini.
Mungkinkah kerana dia sudah biasa dengan pemandangan seperti ini?
Ataupun mata sudah buta dalam menilai keindahan alam maya ciptaan tuhan?
Zairin Elina melepaskan helaan nafas.
Apakah dia sedang mengeluh, menyesali nasib sendiri? Entahlah... dia tidak tahu jawapannya.
Sebentar tadi, selepas membantu Tok Alang di gerai minuman mereka di kawasan peranginan di hujung kampung, Zairin Elina meminta izin untuk ke mari.
Tujuan asal untuk melayan rasa sedih di hati. Moga-moga kesayuan ini mampu dibawa pergi bersama-sama hembusan angin petang.
Tetapi nampaknya tidak begitu. Perasaan hiba dia semakin menjadi-jadi pula.
“Ibu...” Rintih Zairin Elina.
Seraut wajah ibu yang amat dirindui terbayang-bayang di seluruh pelusuk ruang mata.
Hari ini, umur Zairin Elina genap dua puluh satu tahun. Ini bermakna juga sudah genap tujuh tahun ibu pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Dia masih ingat lagi peristiwa hari itu. Hari di mana Zairin Elina kehilangan ibunya ketika dia menyambut ulang tahun yang ke empat belas.
Hanya kerana permintaan Zairin Elina mahukan sebiji kek coklat sebagai hadiah, ibunya sanggup bergadai nyawa turun ke laut walaupun dia tahu ketika itu musim tengkujuh sedang hebat melanda.
Untaian detik-detik itu bermain semula di kotak kenangan.
Hari tersebut selepas pulang dari sekolah dan usai saja solat Asar, Zairin Elina terus menunggu kepulangan ibunya di pangkin itu.
Begitu lama dia menungggu. Dari matahari terik bersinar hingga bertukar gelap. Dari angin sepoi-sepoi bahasa menjadi ribut. Hujan pula turun mencurah-curah.
Bila hari semakin merangkak malam, bayang sampan dan ibunya masih juga belum kelihatan. Zairin Elina tetap juga menunggu.
Sepanjang malam dia menangis risaukan keadaan ibunya, sampai dia terlena di pangkin itu hingga keesokkan hari. Bila pagi itu Tok Alang datang mengejutkan Zairin Elina, ibunya masih juga belum pulang.
Dia masih tetap setia menunggu. Doa sudah berbakul-bakul dipohon, supaya ibunya selamat pulang. Tetapi hampa...
Selama dua hari berturut-turut Zairin Elina bertapa di pangkin itu. Akhirnya dia menerima berita paling buruk dalam hidup.
Orang-orang kampung menemui perahu ibu Zairin Elina terdampar di hujung tanjung. Tetapi sayang..., hanya perahu ibu dia!
Dan sehingga kini, selepas tujuh tahun berlalu ibunya masih jua belum ditemui. Jika orang lain ada pusara untuk diziarahi, tetapi tidak pada dia. Bagi Zairin Elina laut luas inilah kubur ibunya.
Setiap kali terkenangkan arwah, di atas pangkin menghadap ke Teluk Biru inilah, tempat dia menghadiahkan surah Yasin buat ibunya.
Pangkin beratap nipah ini adalah tempat dia meluahkan rasa perasaannya. Rasa sayang, rindu, sedih dan seribu satu macam lagi perasaan yang selalu menghimpitnya sepanjang waktu.
“Ibu...” Serunya lagi
Air mata menetis ke pipi.
“Arin! Mari kita balik nak!”
Zairin Elina menyeka air mata lalu berkalih memandang insan itu.
“Hari dah nak masuk Maghrib ni. Tak baik duduk termenung di sini lama-lama. Nanti ditegur dek jembalang air, lagi susah!” Ujar lelaki tua itu lagi.
Tok Alang berjalan menghampiri Zairin Elina. Susah benar nampaknya dia mengimbangkan badannya berjalan di atas pasir pantai yang lembut dan tidak sekata itu. Segera Zairin Elina melompat turun dari pangkin lalu mendapatkan lelaki tua yang semakin uzur ini.
“Kenapa atok datang ke sini?” Soal Zairin Elina.
“Atok datang cari kamulah!” Pantas Tok Alang menjawab.
“Tok takut Arin terjun masuk laut ke?” Dia berseloroh, tidak mahu Tok Alang membaca kesedihan di hatinya.
“Ish... apa yang kamu merepek ni Arin!” Tok Alang memandang Zairin Elina seraya menggeleng.
Zairin Elina tersenyum. Jelas di mata Tok Alang senyuman itu tidak semanis raut wajahnya.
“Kamu tu kalau dah duduk termenung dekat sini, lupa semuanya. Tok kan dah bagi tahu kamu tadi, cepat balik... Lepas maghrib ni kita nak baca surah Yasin untuk arwah ibu kamu.”
“Arin ingat tok... Arin memang dah nak balik ni, tapi atok sampai dulu pulak,” dia cuba berjenaka. Jenaka yang sememangnya tidak lawak bagi si tua itu.
“Ya... lah tu? Sudah! Mari kita balik. Nanti nenek kamu risau pulak.”
“Baik tok,” dia memaut lengan Tok Alang. Dipimpin tangan lelaki itu agar lebih cepat berjalan.
“Tok..., besok Arin lambat sikit pergi gerai boleh tak?”
“Kamu nak pergi rumah arwah ibu kamu ke?” Tanya Tok Alang semula.
Zairin mengangguk lesu.
Faham benar Tok Alang dengan perangai cucu angkatnya ini. Walaupun Zairin Elina bukan darah dagingnya, tetapi setiap inci sifat gadis itu amat dia ketahui.
Zairin Elina bukan seperti anak gadis lain. Dia tidak suka berpeleseran atau bersosial. Kalau anak gadis lain, habis saja sekolah sudah tidak sabar-sabar hendak keluar dari kampung ini, mahu ke bandar bekerja dan mencari hiburan di sana.
Tetapi Zairin Elina tidak.
Dia lebih suka duduk di kampung. Lebih gemar membantu Tok Alang di gerai minuman milik mereka itu.
Tambahan kudrat Tok Alang tidak lagi seperti dulu. Dia tidak mampu menguruskan gerai itu sendirian.
Mujur Zairin Elina ringan tulang membantu. Pelanggan juga semakin hari semakin ramai. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Tidak menang tangan dia dan Zairin Elina dibuatnya.   
“Arin nak kemaskan rumah arwah ibu. Sudah lama Arin tak ke sana. Boleh ya tok? Arin janji, lepas saja Zohor Arin pergi tolong atok,” pinta Zairin Elina penuh sopan.
Sejuk hati Tok Alang mendengar tutur bicara gadis ini.
“Boleh... kenapa tak boleh pulak? Lagipun besokkan hari Khamis, bukan hujung minggu. Pelanggan pun tak ramai.” Tok Alang bersuara sambil menghayunkan kepala ke atas dan ke bawah tanda mengizinkan rancangan Zairin Elina.
“Malam lusa hingga malam Ahad, Arin nak tidur rumah arwah ibu boleh tak tok? Rindu sangat Arin nak tidur sana.” Pinta Zairin Elina lagi.
“Tok bukannya nak melarang Arin tidur di sana. Tapi bahaya Arin tidur sana seorang diri. Arin tu anak dara. Kalau ada perkara buruk berlaku, macam mana?” Bebel Tok Alang.
“Atok ni macam tak biasa pulak. Nanti Arin ajaklah Tini temankan,” balas Zairin Elina pula.
“Eh! Bukan ke si Tini tu dah pergi Kuala Lumpur?” Tebak Tok Alang. Dahi dikerutkan, petanda dia sedang keliru.
“Belum lagi... Sepatutnya memang dia dah pergi. Tiba-tiba pulak agensi modelling tu panggil dia datang lagi dua minggu. Katanya, bakal bos dia tu, dapat job durian runtuh di Hong Kong.”
Tok Alang hanya mengangguk-angguk. Entahkan faham, entahkan tidak.
‘Kata nak jadi model, apasal jual durian dekat Hong Kong pulak?’ Getus hati Tok Alang.
“Boleh ya tok?”
“Kalau dah macam tu kata kamu, tok izinkanlah.” Tok Alang menepuk perlahan tangan gadis yang memimpinnya itu.
“Terima kasih tok,” luah Zairin Elina sambil tersenyum.
Cerah sedikit mendung di wajahnya.
**********
Malam itu, usai sembahyang Maghrib mereka bersama-sama membaca surah Yasin untuk disedekahkan pahalanya kepada roh arwah Maimun, iaitu ibu Zairin Elina.
Ketika alunan surah Yasin memenuhi ruang rumah yang sederhana besar ini, sesekali terdengar esakkan kecil Zairin Elina menyulami bacaan itu. Nek Alang turut merasa sayu. Dia juga dapat merasakan kesedihan Zairin Elina ketika ini.
Hati mana yang tidak sedih, jika ditinggalkan orang tersayang untuk menempuh hidup di dunia ini sendirian?
Zairin Elina anak yatim lagi piatu. Dia tiada ayah, tiada ibu, apatah lagi saudara mara. Dia sudah kehilangan tempat bergantung ketika usia masih lagi mentah.
Pada bahu Nek Alang dan suamilah tanggung jawap menjaga Zairin Elina digalaskan. Itulah amanat yang pernah Maimun tinggalkan pada mereka. Pesan arwah Maimun kembali bermain-main di cuping telinga Nek Alang.
“Mak Lang, Pak Lang! Sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini pada saya. Saya amanahkan menjaga anak saya pada Mak Lang dan Pak Lang. Hanya pada Mak Lang dan Pak Lang saya menaruh kepercayaan untuk mendidik Arin. Saya banyak terhutang budi pada Mak Lang dan Pak Lang. Dari hari pertama saya tiba di kampung ini hingga sekarang. Ketika saya memerlukan bantuan, waktu saya susah, Pak Lang dan Mak Lang yang banyak membantu saya. Dan saya memohon lagi pertolongan Mak Lang dan Pak Lang, anggaplah Arin tu seperti cucu sendiri. Jagalah dia, sekiranya ditakdirkan saya sudah tiada lagi nanti.”
Itulah amanah yang diucapkan oleh Maimun sebelum dia turun ke laut pada hari terakhir hayatnya. Dan Nek Alang tidak menyangka, itu adalah merupakan hari terakhir dia melihat Maimun.
Nek Alang sendiri merasa pelik! Dua hari sebelum itu, sikap Maimun sudah kelihatan ganjil. Dia meminta Nek Alang menyimpan satu kotak. Nek Alang tidak tahu apa kandungannya. Kata Maimun, kotak itu perlu diserahkan pada Zairin Elina ketika usia anaknya mencecah dua puluh satu tahun.
Bila Nek Alang bertanya kenapa diserahkan pada dia untuk menyimpannya pula, jawab Maimun, dia bimbang kotak itu akan dicuri orang bila dia tiada di rumah. Kata Maimun, kandungan kotak itu amat penting bagi masa depan Zairin Elina.
“Sadaqallah...hula’zim...” Suara mereka bertindan serentak menamatkan bacaan surah Yasin.
Zairin Elina terus mendapatkan Tok Alang. Diraih tangan kecut Tok Alang lalu dicium. Kemudian dia mengensot pula merapati Nek Alang. Tubuh wanita tua itu dibawa ke dalam pelukan.
“Terima kasih tok, nenek.” Zairin memandang mereka redup.
Wajah ke dua-dua insan yang menggantikan tempat ibunya di tatap lama.
“Kenapa nak berterima kasih pada kami pula, Arin?” Soal Nek Alang lembut. Jari-jemari Zairin Elina digengam erat.
“Terima kasih kerana atok dan nenek sudi menjaga Arin, rela menjadi tempat Arin berpaut, tempat Arin berteduh. Tempat Arin menumpang...” Kata-kata Zairin Elina terhenti di situ bila jari kasar Nek Alang melekat di muncungnya.
“Sudahlah Arin. Janganlah disebut-sebut lagi tentang ini. Dah banyak kalikan nenek berpesan? Selagi tok dan nenek ada, kami akan menjaga kamu!” Tungkas Nek Alang.
Jarinya diturunkan dan kembali menggenggam jejari Zairin Elina.
“Ya Arin! Kami tak pernah menganggap kamu sebagai beban pada kami. Bukankah dari dulu lagi atok dan nenek sudah beritahu, walau apa pun kamu tetap cucu kami,” celah Tok Alang.
“Tok! Nenek! Arin janji, selagi ada nyawa, Arin akan menjaga atok dan nenek.” Tutur Zairin Elina seraya merebahkan kepalanya ke pangkuan Nek Alang.
“Ya lah!” Balas Nek Alang sepatah. Kepala Zairin diusap-usap.
Tidak terniat lagi hatinya mahu memanjangkan kesedihan gadis manis itu.
“Tanggal telekung ni. Mari kita makan. Hari ni nenek masak ‘sepesel’ untuk Arin.”
Zairin Elina mengangkat kepala dari pangkuan Nek Alang. Sambil tersenyum dia berkata.
“Wah! Pandainya nenek speaking London,” usik Zairin Elina.
Rasa pilu sebentar tadi hilang begitu sahaja.
Itulah Zairin Elina. Kematangan dia mengatasi umurnya. Zairin Elina seorang yang bijak mengawal perasaan. Andai sebentar tadi dia kelihatan sedih, dengan sekelip mata pula dia mampu mengukir senyuman.
“Alah..., nenek bukannya bodoh sangat. Dulu nenek sekolah orang putih tahu! Tapi takat darjah dua saja. Orang dulu-dulu, hidup susah. Tak macam budak-budak sekarang. Semuanya ada bantuan. Tengok saja kamu ni! Nenek suruh sambung belajar kamu tak mahu,” omel Nek Alang berjela.
“Bukan Arin tak mahu. Kalau Arin pergi belajar jauh-jauh, siapa nak jaga nenek? Siapa nak tolong atok?”
Telekung di kepalanya ditarik dan dilipat.
“Ya lah! Ya lah! Tok tahu, Arin sayangkan kami. Sanggup lepaskan peluang untuk belajar semata-mata kerana kami,” bungkam Tok Alang.
“Tok...! Ilmu tu boleh cari di mana-mana dan bila-bila masa saja. Buat sementara waktu ni, biarlah Arin berbakti dulu kepada orang yang sudah banyak berjasa pada Arin, selagi masih ada hayatnya,” ungkap Zairin Elina bersungguh-sungguh.
Tok Alang dan Nenek Alang tersenyum bangga bila mendengarnya. Inilah kata orang, kalau kita buat baik, dibalas baik juga. Zairin Elina adalah orang asing pada mereka, tetapi dia melayan Tok Alang dan Nenek Alang seperti darah daging sendiri.
“Marilah kita makan. Lapar betul perut atok ni rasanya!” Tok Alang bingkas bangun. Songkok ditanggalkan dan diletak di atas almari yang dipenuhi dengan Al-Quran, kitab-kitab dan buku agama.
Nek Alang dan Zairin Elina turut bangun, mengangkat sejadah serta telekung dan disidai pada dawai yang melintang di tepi dinding.
**********
Di meja makan, mereka mengadap rezeki serba sederhana itu dengan penuh rasa syukur. Tiada sedikit pun kedengaran suara mereka ketika itu. Memang pantang Tok Alang kalau makan sambil berbual. Tidak menghormati rezeki kata Tok Alang.
Selesai sahaja mencuci tangan, barulah Zairin Elina bersuara.
“Sedap betullah rendang nenek ni! Selalunya kalau nak merasa rendang nenek ni, kena tunggu hari raya saja,” puji Zairin Elina.
Kembang kuncup- kembang kuncup hidung Nek Alang bila dipuji begitu.
“Itulah sedap air tangan namanya... Nanti kamu belajar dari nenek macam mana nak memasaknya,” usik Tok Alang.
“Betul! Betul! Betul! Nanti nenek ajarkan Arin macam mana nak masaknya ya!” Ujar Zairin Elina dengan mata menyorot ke wajah Nek Alang penuh teruja.
“Alah! Nenek masak macam biasa saja. Arin pun tahu kan?”
“Memanglah Arin tahu.... Tapi kenapa bila Arin masak, rasanya tak sama pun macam nenek punya? Ini mesti ada bahan rahsia yang nenek tambah, tak bagi tahu Arin ni!” Zairin Elina menghalakan telunjuknya pada Nek Alang.
Nek Alang sudah tersenyum simpul.
“Memang ada benda rahsia yang nenek kamu tambah. Sebab itulah rasanya tak sama,” jenaka Tok Alang pula. Matanya sempat menjeling ke arah Nek Alang.
“Hah! Betul ke nenek?!”
“Baiklah. Memandangkan hari ini, hari lahir Arin, nenek nak bagi petua ni sebagai hadiah. Hadiah ni tidak ternilai harganya, tapi berguna seumur hidup.”
“Apa dia tu nenek? Misteri sungguh bunyinya.”
“Rahsia pengikat kasih sayang.”
“Bunyi macam ubat guna-guna saja!”
“Ish! Kamu ni Arin. Berdosa tahu kalau kita buat macam tu.”
“Habis tu apa dia nenek? Cepatlah beritahu,” Zairin Elina menghadapkan muka hampir pada Nek Alang. Tidak sabar ingin tahu.
“Tapi ingat, kamu jangan beritahu sesiapa. Ini rahsia turun-temurun keluarga nenek!”
“Okey, Arin janji. Arin tak akan cakap dengan sesiapa. Cepatlah nenek!” Gesa Zairin Elina lagi. Tok Alang yang memerhati hanya menyeringai sahaja sedari tadi.
“Tok moyang nenek kata, ini adalah cara untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga. Kasih sayang suami pada isteri, kasih sayang anak-anak pada ibu bapa.”
“Okey... okey..., setakat ni Arin rasa, Arin faham. Tapi apa kena mengena rahsia ni dengan rendang nenek pulak?”
“Eh! Mestilah ada kena mengena. Ini rahsia bukan untuk rendang saja, tapi untuk semua masakan nenek. Apa! Rendang nenek saja ke yang sedap? Hari-hari nenek masak tu tak sedap?!”
“Sedap... Itulah yang Arin hairan. Nenek masak telur kicap pun, menjilat jari Arin makan. Cepatlah beritahu nenek...” Zairin Elina menggoyang-goyang tangan Nek Alang tidak sabar.
Tok Alang ketawa melihatnya.
“Bagitahu sajalah cik Alang oiii... Kasihan budak ni, dah beria-ia sangat nak tahu. Boleh jugak dia amalkan bila dia dah kahwin nanti.” Gurau Tok Alang dengan ketawa yang masih berbaki.
“Apalah atok ni! Tiba-tiba saja buka cerita pasal kahwin. Siapa yang nak kahwin entah!”
Jelingan manja Zairin Elina lemparkan pada Tok Alang. Dia buat-buat merajuk.
“Kamulah! Siapa lagi? Kamu tu dah cukup umur, Arin. Sedang elok dah ni, kalau atok kahwinkan kamu.” Seloroh Tok Alang lagi.
“Arin nak jaga tok dan nenek dulu... Belajar pun Arin tak mahu, inikan nak kahwin pulak. Taknaklah!” Juih Zairin Elina panjang.
Tok Alang menggeleng kepala seraya ketawa. Tercuit hati tuanya dengan keletah cucu angkatnya itu.
“Cepatlah nenek bagitahu,” sekali lagi tangan Nek Alang digoncang-goncang.
“Baiklah! Baiklah! Nenek bagitahu... Tercabut pulak sekeru bahu nenek kamu goyang-goyang macam ni.”
Zairin Elina tersenyum puas bila Nek Alang akhirnya beralah.
“Tak kira apa pun kamu masak, walau goreng ikan masin sekali pun, sambil bersihkan tu kamu selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tiga kali. Kalau kamu menggulai, tak kiralah kari ke, rendang ke, ataupun goreng sayur, kamu basuh tangan kamu bersih-bersih, lepas tu ambil sedikit air, curahkan pada jari kamu ke dalam masakan sambil selawat. Insyaallah..., atas berkat nama Nabi junjungan kita seluruh ahli keluarga yang makan masakan kamu akan turut mendapat berkatnya sekali. Nanti tak adalah rasa benci, iri hati dan cemburu sesama sendiri. Itulah ilmu pengikat kasih yang diturunkan oleh tok moyang nenek. Lagipun kata orang dulu-dulu, kalau nak mengikat suami ni..., mestilah diikat perutnya dulu. Kalau kita masak sedap, nanti bertambah sayanglah dia.” Jelas Nek Alang mengakhiri sesi ‘kuliyah’nya.
“Oooo... itu ke rahsianya?! Patutlah atok bukan main sayang lagi pada nenek. Rupanya dah kena ilmu pengikat kasih,” senyum Zairin Elina panjang. Tok Alang mengangguk setuju.
“Kalau kamu tak percaya, lepas ni bila kamu dah kahwin cuba buat pada suami kamu pula.” Canda Tok Alang
“Atok ni memanglah... Dari tadi asyik suruh Arin kahwin saja.” Jeling Zairin Elina pada Tok Alang sekali lagi.
“Habis tu! Kamu tak nak kahwin?”
“Malaslah nak cakap lagi. Arin nak kemas meja ni. Nanti Arin buatkan kopi-O untuk atok dan nenek. Tok dan nenek tunggu saja di depan,” pantas tangan Zairin Elina menyusun pinggan dan mangkuk yang sudah kosong untuk dibawa ke dapur.
“Atok tahu, Arin marah-marah tok pun, Arin tetap sayangkan atok jugakkan?” Tutur Tok Alang masih mahu berseloka.
“Ya..., selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Arin sayangkan atok dan nenek,’ luah Zairin Elina perlahan lalu beredar dari situ.
Tok Alang dan Nek Alang memandang Zairin Elina redup. Tersetuh hati mereka. Memang gadis itu baik seperti ibunya juga.
‘Maimun...’ Detak hati Tok Alang.
Bila Tok Alang teringatkan Maimun, segera dia kalih melihat isterinya,
“Bila kamu nak serahkan barang Maimun tu pada Arin, cik Alang?”
“Bila tiba masa yang sesuai saya akan pulangkan. Arin pun sudah genap dua puluh satu tahun. Wajib saya menunaikan amanah Maimun tu.” Balas Nek Alang hiba.